Leadership

Malaysia Strategic Public Relations Sdn. Bhd.

Stefanie Braukmann
Pengurus Besar

Stefanie Braukmann

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang komunikasi korporat merentasi Eropah dan Asia, termasuk lebih dua dekad di Malaysia, Stefanie merupakan individu penting dalam membina reputasi jenama melalui pendekatan komunikasi yang menyeluruh, penglibatan pihak berkepentingan berimpak tinggi , serta pelaksanaan inisiatif kemasyarakatan.

Beliau memiliki kepakaran dalam pelbagai sektor seperti barangan pengguna (FMCG), runcit, telekomunikasi, dan automotif, selain berperanan menyokong organisasi dalam bidang teknologi, e-dagang dan sektor awam. Stefanie turut memberi khidmat nasihat kepada badan industri serta pertubuhan bukan kerajaan yang berfokuskan pembangunan mampan dan tanggungjawab sosial.

Stefanie bukan sekadar pakar komunikasi, malah turut mahir dalam pembangunan jenama secara menyeluruh. Pengalaman beliau merangkumi projek bersepadu yang melibatkan identiti korporat, pengiklanan, strategi digital serta perancangan media. Kepimpinan beliau dalam aspek strategi dan idea kreatif telah membantu banyak organisasi mencapai hasil  yang memberangsangkan.

Selain menerajui SPRG Malaysia, Stefanie turut memegang jawatan dalam beberapa pertubuhan industri dan kelestarian, di mana beliau aktif melunaskan tanggungjawab korporat, menaikkan taraf komunikasi, serta membimbing generasi profesional baru dalam bidang ini.

icos