Leadership

Malaysia Strategic Public Relations Sdn. Bhd.

Afif Suhaimi
Pengarah Bersekutu, Digital & Kreatif

Afif Suhaimi

Afif Suhaimi mengetuai bahagian digital dan kreatif SPRG Malaysia, yang juga dikenali sebagai Strategic Digitalab (SDL), dengan pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang termasuk perhubungan awam, pemasaran digital dan strategi kreatif.

Beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan SDL sejak dari awal penubuhannya termasuk membentuk hala tuju serta penyesuaian perkhidmatan yang ditawarkan mengikut keperluan landskap komunikasi masa kini yang semakin dinamik. Sepanjang kerjayanya, Afif telah merancang dan mengendalikan kempen-kempen digital untuk pelanggan dari pelbagai sektor termasuk infrastruktur, kepenggunaan, perkhidmatan kewangan, pemuliharaan alam sekitar dan teknologi, yang sekali gus membantu meningkatkan penglibatan jenama melalui pelbagai platform.

Melalui kepimpinan yang kolaboratif, Afif terus menterjemahkan idea kompleks menjadi naratif yang jelas dan menarik. Nilai tambahnya dapat dilihat   dalam usaha menghubungkan ekspresi kreatif dengan objektif perniagaan, sekaligus memastikan setiap kempen bukan sahaja memberi impak visual, malah memfokuskan kepada objektif serta relevansi kepada audiens.

Afif memulakan kerjayanya di SPRG dalam bahagian perhubungan awam sebelum mengembangkan kepakarannya ke dalam bidang digital dan kreatif. Beliau juga mengendalikan jenama pakaian sendiri, yang memberikan pengalaman langsung dalam pembinaan jenama, penciptaan serta strategi kandungan dan platform — pengalaman yang kini diterapkan dalam kempen bersepadu untuk pelanggan.

icos