Leadership

Malaysia Strategic Public Relations Sdn. Bhd.

Raja Azraff
Pengarah Bersekutu, Hal Ewal Awam & Hubungan Kerajaan

Raja Azraff

Raja Azraff berpengalaman lebih sedekad dalam hal ehwal awam, hubungan dengan pihak berkepentingan serta kerajaan di peringkat global serta dalam negara. Sepanjang penglibatan dalam advokasi polisi dan dasar, beliau telah membina jaringan dan rangkaian dengan pelbagai pihak termasuk kementerian dan agensi kerajaan, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan serta pertubuhan masyarakat sivil.

Di SPRG, beliau menerajui hal ehwal awam dan hubungan strategik dengan pihak berkepentingan termasuk rundingan dasar serta strategi komunikasi bagi menjaga kepentingan secara berkesan. Pendedahan dalam sektor diplomasi, tadbir urus serta kerjasama global mendorong peranan beliau dalam wacana serta dialog dalam pelbagai isu-isu global mahupun tempatan.

Sebelum menyertai SPRG, beliau berkhidmat dalam agensi berkaitan kerajaan yang terlibat dalam memperkasakan dasar luar Malaysia. Melalui peranan tersebut, beliau didedahkan dengan advokasi keamanan mampan melalui pendekatan kesederhanaan di peringkat antarabangsa, yang telah mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Di luar kerjaya profesionalnya, beliau aktif memberikan sumbangan dalam pelbagai inisiatif pembangunan belia, hak asasi manusia dan pembangunan komuniti, termasuk penglibatan profesional di Akademi Belia serta pelantikan sebagai Pengerusi Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, Parlimen Belia Malaysia, selain menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Majlis Belia Malaysia (MBM) serta lantikan Menteri Luar Negeri sebagai koordinator Jawatankuasa Belia dalam Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi.

icos